
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson

Mesyuarat pelaksanaan
Projek Rintis Program IM FREE




Mesyuarat ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Januari 2016 (Selasa-Khamis) di Hotel Sani, Kuala Lumpur.
Sebanyak 2 buah sekolah Negeri Sembilan telah dipilih untuk dalam Program Rintis tersebut iaitu :-
1) SK Tunku Muda Serting (Daerah Jempol)
2) SK Telok Kemang (Daerah Port Dickson)
Mesyuarat Penyelarasan
Program IM FREE
Mesyuarat ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 15hb Februari 2016 (Isnin)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Ixora, KKM Seremban



SK Lukut & SK Tg Agas TELAH DICALONKAN Bagi Mengisi 2 Slot Tambahan Bagi Program IMFree Daerah Port Dickson.
-
Kursus TOT Bagi 2 Buah Sekolah Ini Akan Diadakan Pada APRIL @ MEI 2016.
-
Surat Akan Menyusul (JPNS)
-
Sila Lantik Guru Penyelaras Program IMFree (SEGERA)
SK Telok Kemang (RINTIS IMFree Peringkat Kebangsaan) :
Sila Lengkapkan Maklumat Yang Berkaitan & Hantar Ke PPD PD Mengikut Tarikh Yang Telah Ditetapkan Dalam Mesyuarat.
-
Senarai Profile Murid (2 kelas Yang Dipilih)
-
Jadual Perancangan Aktiviti IMFree
-
Menyediakan LALUAN / BILIK IMFree - Peruntukan Akan Disalurkan Melalui Penyelaras Program IMFree (KKM Daerah)
IMFree - Program Pendidikan & Pencegahan Amalan Merokok Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah berumur 7 tahun hingga 12 tahun di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.
Tujuan :
Murid yang lahir tahun 2009 dan ke atas KEKAL tidak merokok sepanjang hayat.
Visi :
Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.
Matlamat :
Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang 2029.
Objektif Utama :
Membendung atau mencegah pelajar sekolah rendah daripada terlibat dengan aktiviti merokok.
Objektif Khusus :
-
Memberi pengetahuan tentang bahaya rokok.
-
Memupuk persepsi negatif terhadap tingkahlaku merokok dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
-
Membina personaliti yang positif terhadap kanak-kanak sekolah rendah bagi menyatakan hak mereka bagi bebas daripada pencemaran asap rokok.
-
Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
-
Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.
-
Memupuk budaya saling ingat-mengingati antara satu sama lain terhadap bahaya dan kesan kepada tingkahlaku merokok.
-
Meningkatkan ilmu kanak-kanak sekolah rendah terhadap isu-isu kesihatan secara tidak langsung melalui :-
Penyampaian maklumat yang berkesan.
Kecekapan sumber manusia.
Pengaruh sosial.
Program multi-model.