top of page
Hari Anti Dadah

Pada bulan Jun 1987, Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Tarikh ini dipilih bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pergedaran Dadah yang telah berlangsung di Vienna, Auttria pada 17 – 26 Jun 1987. Semua Negara seluruh dunia diminta untuk merayakan Hari Antidadah Antarabangsa ini.

 

Sebelum itu, pada 19 Februari 1983, Kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan. Semenjak itu tarikh 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan dan juga menandakan permulaan kempen Antidadah Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama semua banyak melaksanakan program dan aktiviti untuk menjayakan Kempen Antidadah. Berikutan dengan itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan) telah memulakan Kempen Antidadah Kebangsaan sejak 1983 dan Antarabangsa sejak 1988 pada setiap tahun.

 

"DO DRUGS CONTROL YOUR LIFE? YOUR LIFE, YOUR COMMUNITY. NO PLACE FOR DRUGS"

Akta Dadah Berbahaya, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-

  • 15 gram atau lebih berat heroin

  • 15 gram atau lebih berat morfin

  • 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin


Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

  • 1,000 gram atau lebih berat candu masak

  • 1,000 gram atau lebih berat candu mentah


Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

  • 200 gram atau lebih berat ganja

  • 200 gram atau lebih berat resin ganja


Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

  • 40 gram atau lebih berat kokain

  • 2,000 gram atau lebih berat daun koka

  • 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane

  • 50 gram atau lebih berat Amphetamine

  • 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)

  • 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB)

  • 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET)

  • 50 gram atau lebih berat Methamphetamine

  • 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

  • 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA

  • 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA

  • 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine

  • 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)

  • 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

  • 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )


Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya terdapat :-

       5 gram atau lebih berat heroin

  • 5 gram atau lebih berat morfin

  • 5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin


Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

  • 250 gram atau lebih berat candu masak

  • 250 gram atau lebih berat candu mentah


Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

  • 50 gram atau lebih berat ganja

  • 50 gram atau lebih berat resin ganja


Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

  • 15 gram atau lebih berat kokain

  • 750 gram atau lebih berat daun koka

  • 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane

  • 30 gram atau lebih berat Amphetamine

  • 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA)

  • 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET)

  • 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA

  • 30 gram atau lebih berat Methamphetamine

  • 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)

  • 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA)

  • 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD

  • 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA

  • 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine

  • 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)

  • 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)

  • 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)


Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.
Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.



                                                                                                                                                                                                             Sumber Maklumat:http://www.adk.gov.my

bottom of page