top of page

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang meliputi input-input bahaya :

  • dadah,

  • rokok,

  • inhalan,

  • alkohol dan

  • HIV/AIDS

 

Maklumat ini  akan sampai kepada seluruh warga sekolah. Manual panduan pengurusan ini dijangka dapat membantu pihak sekolah untuk melaksanakan program PPDa disekolah dengan jayanya.

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah ialah untuk memberi:

  • pengetahuan,

  • kesedaran dan

  • keinsafan

kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah 2020”

:: SENARAI TUGAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ::

 

  • Merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Daerah/Bahagian dan Sekolah.

 

  • Mengawasi dan menyelaras semua program serta aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di Daerah atau Bahagian masing-masing.

 

  • Menentukan supaya keputusan-keputusan jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Kementerian/Negeri/Daerah/Bahagian dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di Daerah/Bahagian masing-masing.

 

  • Mengawal selia perkembangan masalah semasa di Daerah/Bahagian masing–masing dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini dan semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.

 

  • Mengadakan hubungan yang erat dengan agensi kerajaan yang lain dan swasta dalam usaha mencegah penglibatan pelajar, guru serta  pekerja bukan guru dengan Unit Pencegahan Dadah di Daerah/Bahagian masing-masing.

 

  • Menganjurkan kursus, seminar, bengkel dan lain-lain program serta aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah untuk pelajar, guru, pekerja bukan guru dan ibu bapa (PIBG) di Daerah/ Bahagian masing-masing.

 

  • Menyedia dan mengedarkan buku-buku, risalah-risalah, video dan lain-lain bahan elektronik yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah ke sekolah-sekolah.

 

  • Mengadakan lawatan penyeliaan ke sekolah-sekolah untuk memastikan sekolah-sekolah melaksanakan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah sebagaimana yang dirancang.

 

  • Menjadi (pakar rujuk) terhadap apa-apa masalah yang berhubung dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.

 

  • Mengesan dan menyelesaikan masalah dadah dikalangan pelajar, guru dan pekerja bukan guru di Daerah/Bahagian masing-masing.

 

  • Menyediakan bahan sumber atau dokumentasi di Daerah/Bahagian masing-masing tentang Pendidikan Pencegahan Dadah sebagai sumber rujukan kepada sekolah.

 

  • Menyediakan laporan lengkap murid, guru atau pekerja bukan guru yang terlibat dengan dadah atau inhalan.

 

  • Bekerjasama erat dengan Unit  Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.

 

  • Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page